Menu apa hari ni?Hari cuti biasanya waktu untuk bersantai santai dan bagi yang ibu bekerjaya ni la masanya untuk masak sesuatu yang agak special buat anak-anak.
Dah lama nak share maklumat ni dengan semua ni baru berkesempatan.Alhamdulillah kami sekeluarga mengamalkan makanan yang sihat ni.
Apa antara makanan yang sihat tue?Kita mula dari basic je la..
7 Tip Makanan Sihat ialah:
- Gunakan extra virgin olive oil. Lebih gelap warnanya lebih bagus untuk kesihatan. Ia lebih tulin dan lebih baik untuk jantung anda berbanding jenis minyak zaitun yang lain.
- Ambil lebih sayur-sayuran berdaun hijau. Hanya masak dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih dan sedikit garam. anda akan mendapat sayur yang sangat sedap dan berkhasiat. Ia adalah makanan yang boleh mengenyangkan & menyihatkan.
- Pilih roti coklat (brown bread). Karbohidrat berproses seperti yang terdapat pada roti putih adalah amat sukar untuk badan menyerap zat makanan darinya, jadi ia hanyalah kalori kosong atau tiada zat/khasiat.
- Elakkan makan junk food (snek/jajan) kerana ia tidak langsung menambah tenaga atau berkhasiat. Jika anda teringin makan junk food ambil buah sebagai penggantinya.
- Makan snek yang sihat iaitu yang rendah kalori dan lemak, tinggi kandungan serat seperti aprikot kering, kekacang, buah-buahan, baby carrot, tomato ceri dan sebagainya. Sayur-sayuran dan buah-buahan pada amnya rendah kalori dan lemak serta tinggi kandungan seratnya. Buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.
- Minum banyak air pada setiap hari. Air boleh mengurangkan sembelit dan membantu dalam proses penghadhaman. Secara amnya pada hari yang panas minum 2.5 hingga 3 liter pada hari yang panas.
- Makan perlahan-lahan kerana otak anda akan mengambil masa 20 minit untuk memberitahu yang anda sudah kenyang dengan makanan.
Cuba jadikan amalan ye inshaAlah anda akan nampak hasilnya..
Salam Sayang
liza
012-3010634
No comments:
Post a Comment