Bismillah.Pagi Jumaat yang hening dan sedikit sejuk walau matahari dah memancarkan sinarnya.Buat kerja rumah seperti selalunya.
Hidung ni dari kelmarin dok menangkap bau yang kurang memuaskan.Ada bau bangkai.Ingatkan cicak mati di mana mana.Mata masih melilau mana datangnya bau itu.
Sambil ampai baju di belakang rumah,masih berfikir lagi mana datangya bau ni.Menyengat nyegat lubang hidung ku yg mancung macam paruh burung Raja Udang ni hihii.
Kaki melangkah ke arah rimbunan pokok serai yang hampir setahun baru rimbun ni.Masih mencari dam mencari.Kaki ku jengketkan dan leher yang jinjang ni ku tegakkan lagi..Supaya memudahkan misi pencarian.
Akhir...ku temu dari mana datangnya bau itu.
Ku amati betul betul,Ku julingkan bijik mata yang sedia kala besar ni..Sah la ..Si Rabbit pengunjung setia laman kami mati di belakang rumah jiran.
Pernah di rekodkan cerita Si Rabbit itu diSINI dulu..
Patut la sekian lama pokok bunga,pokok kesum dan bendi ku tiada gangguan ..Rupanya Si Pengganggu itu telah kembali ke pangkuan AlKhaliq.
Bangkai Si Rabbit tidak di semadikan.Di biar berulat dan mereput di situ sahaja..Maaf Rabbit aku tak mampu melakukan pengkebumian yang sempurna buatmu.
Semoga Si Rabbit tenang di sana.Terima Kasih Rabbit kehadiran mu mengajar aku erti kasih sayang dan ku applykan pada anak-anak bagaimana mengasihi binatang.
Kami rindu nak bagi carrot dan sawi lagi setiap hari..
liza
012-3010634
Search This Blog
Friday, 10 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment