Search This Blog

Saturday 6 June 2015

Cinta Sayang Theme Park Sg Petani

Bismillah.
Assalamualaikum semua.Hari cuti sekolah mula la kan mak ayah plan macam2 untuk anak anak.

Biasanya theme park la sure penuh kan.Mak ayah bawak ank mandi .Zoo pun ramai,pantai pun berlonggok longgok rakyat.

Teringat lagi masa kami kecik kecik dulu cuti sekolah kami memang menyeronokkan.Tak de la abah bawak ke theme park/pantai/zoo...tempat tue 27 tahun dulu tak pernah jejak pun.

Rasanya dalam kepala abah pun tak de terlintas nak bawak anak ke tempat macam tue.

Waktu cuti sekolah kami dulu paginya ramai ramai ikut Abah pergi kebun sawit.3 trip abah angkut.Trip pertama mak dan adik.Trip ke 2 abang,kakak dan saya.Masa tue kakak dan abg kecik2 berhimpit la...Kalau motor yg buruk tue ok abang bawak motor sendiri.

Memang happening sungguh la...Jarak rumah ke kebun lebih kurang dalam 8kilometer .

Apa la yang kami budak budak boleh buat kat kebun kan...

Kebun sawit Abah luas 10 ekar.Ada sungai,ada tanah lapang untuk main kejar2.Biasanya kami tolong kutip buat lerai dulu...

Bila dah nak siap..atau badan dah penat mak bagi la rehat.Makan bekal yang mak tapau.

Segar dan nyamanya..rasa udara di kebun sawit.Walau cuaca dah panas tp di kebun sawit tak terasa terik mentari tue sebab daun sawit melindungi.

Jiran jiran bersebelahan kebun pun ramai.

Mengikut peredaran zaman mana ada budak budak tolong mak ayah atau ikut atok nenek keja di kebun time cuti sekolah.Rata2 parent akan bawa ke mana2 theme park.

Kami pun terjebak la semalam.The Carnival Cinta Sayang Theme Park Sg Petani.Jarak dari rumah 8km je..

Tak la macam first class theme park ni boleh la untuk bawak anak2 berseronok.Yang bestnya dia buat ala-ala pantai banyak tempat lepak family.

Siap ada 1 group ni bawak tapau lagi berkelah.Happening jugak.





Gambar kat atas tue view entrace dan tempat kanak kanak.Banyak pilihan ..

Kami main separuh daripadanya hahaha mak bapak phn sama teruja .Maklum la..dulu tak pernah try pun slide kat theme park.


Ini ala pantai la..dia buat landai ada la ombak buatan.yang bahagian tengah dia dalam juga paras dada.

Kalau nak murah masuk la hari isnin dan selasa,khamis,Rabu cuti kerja2 cleaning, Jumaat-Ahad rate lain .Ramai juga orang.

Ok ,sapa rasa nak bawak family berkelah sambil mandi manda Cinta Sayang Theme Park ni sangat sesuai.Tapi lepas makan tue kemas la ye.Sampah buang la dalam tong atau angkut je balik rumah.

Selamat bercuti!


No comments:

Post a Comment