Search This Blog

Friday, 24 July 2015

Buah Sulong Roselle

Bismillah..Hai dan Asslamualaikum .


Alhamdulillah percutian hari raya kami berakhir pada Isnin .Selasa tengahari dah kembali ke rumah..

Sesampai di rumah 1st yang aku akan tengok kebun kecil dan rumput yang kami tinggalkan.

Alhamdulillah sepeninggalan kami semuanya berkeadaan baik ,subur dan berbuah.

Roselle berbuah banyak.Hari tue ada ura ura nak mati je pokoknya..Di siram di baja alhamdulillah...

So lepas ni kita minum air Roselle pulak ye..Oooops u all tau tak apa kebaikan buah ni?Mi nak share info sikit ek Okeh dah alang-alang post pasal nie, suka saya berkongsi tentang khasiat tentang rozel/roselle.

Kalau korang nak tau, rozel mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2, Kalsium, Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3, rozel juga mengandungi anthocyanine (antioksidan), phewww banyakkan khasiat rozel nie

Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:
  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.
Next entry liza akan share kan pulak cara buat jus Roselle okay..Tunggu hasil tuaian banyak sikit baru syok nak buat .


. e


No comments:

Post a Comment