Search This Blog

Wednesday 9 September 2015

Khasiat Buah Peria

Bismillah,

Assalamualaikum semua..semalam baru je buat entry tentang menu peria goreng tak pulak saya ceritakan khasianya kan..Dapatkan resepi Peria Goreng Tepung menu wajib try.So hari ni terlajak rajin cari la maklumat nak share dengan anda semua pembaca setia saya.

Okey… meh kita tengok beberapa khasiat yang boleh dimanfaatkan daripada buah peria nie…
Kencing Manis Dikatakan air perahan buah peria dapat menurunkan kadar gula dalam darah untuk orang yang kena penyakit kencing manis @ diabetes.
ulam peria
Ambil 2 biji buah peria, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Kendian masukkan potongan peria tu kat dalam blender, tambahkan lebih kurang 1/2 gelas air suam dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Amalkan meminum air perahan nie 2 kali sehari pada pagi dan petang. InsyaAllah, paras gula yang tinggi dalam badan pesakit diabetes akan menurun.

Berak Berdarah Sama seperti cara kat atas.. ambil dua biji peria dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Minum air perahan 2 kali sehari untuk menyembuhkan sakit berak berdarah.

Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu  Makan peria sebenarnya bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu badan. Sediakan sebiji peria segar, cuci bersih dan rebus. Makan peria rebus nie sebagai ulam ketika menjamah nasi.

Bisul Ambil satu biji peria segar. Hiris dan lumatkan ia kemudian tampal pada bahagian yang kena bisul. Petua nie dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan bisul.

Ada juga dari pembacaan saya peria katak terutamannya membantu pesakit HIV Positif.Di mana keberkesanannya saya sendiri kurang arif.(bagi yg mencari penawar HIV sila rujuk :Blog Najmi)

No comments:

Post a Comment