Tuesday, 8 September 2015

Peria Goreng Tepung

Bismillah.Assalamualaikum semua.Menu apa untuk lunch hari ni.??

Apa kata try buat peria katak goreng tepung.Dulu mak selalu buat peria katak rebus.Pahitnya ya ampuunnn...

Memang tak minat langsung.

Satu hari pergi makan di kedai Nasi Kandar sebelah Vistana Hotel Penang.Order la peria katak goreng.Sedap dan tak pahit pun.Balik rumah Google la cara nak buat..

Resepinya agak ssh dan leceh..Belek2 bekas tepung ada pula tepung goreng ayam jenama Bestari 🚫 telur.

Caranya:
1.Bancuh 1senduk tepung dgn sedikit air.biar pekat bamcuhannya.
2.Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah readymade
3.Potong dua buah peria.Buang bijinya dan hiris nipis.
4.Rendam dengan air garam selama 20minit bak bagi hilang patihnya.
5.Toskan dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Sangat sedap sehinggakan anak anak pun boleh makan.Tepung bestari tu saya beli di Tesco,kalau tak ada tepung tempura pun boleh.

Selamat menjamu selera.

Info Terkini

Assalamualaikum semua. Sabtu Ahad ni korang plan nak kemana? Sesambil atur jadual tu ce korang scroll lagi kat sini. Ada info best pasal O...