Monday, 3 July 2017

Tips Bisnes Berkat

Bismillah.Assalamualaikum semua.

Masih mood aidilfitrikan.Cikliza dah kembali bekerja bermulasemalam.Ikut jadual negeri Kedah la.

Pagi tadi cikliza ada tengok interview seorang lead produk kecantikan tempatan.Masih muda,tidak bekerja sebelum ini.Hanya surirumah sepenuh masa.Suaminya mendapat VSS dari MAS.

Nangis dia masa cerita tu.Cikliza dapat rasa apa yang.dia rasa.Sebab flownya sama je macam cikliza.Cumanya suami.cikliza.masih bekerja dengan jabatan kerajaan

Beliau(owner produk kecantikan)tu kata, ini bukan bisnes pertama dia.Tapi bisnes yang.ke 10 Alhamdulillah ALLAH izinkan bisnes ini berjaya.

Sebelum ni bermacam benda dia buat termasuklah dropship kuah kacang yang untungnya RM5 je sepeket.

Tapi semngatnya kuat,azamnya jitu,berani cabar diri buat product sendiri.Dan Allah izinkan semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini.

Kawan,
Dunia bisnes ni macam kita memandu.
Kalau terlalu laju  risiko kemalangan tu terlalu tinggi,

kalau slow sangat,aduh ketinggalan dan lambat sampai pulak.

Perasan tak kalau tengah nak cepat traffic light hijau memang best je.
Senyum lebor orang Perak kata.

Tapi,

Kalau tengah nak cepat semua traffic light merah je .
Memang sakit hati.

Banyak kali juga stereng jadi mangsa kena ketuk.
Nak je turun cabut traffic light tu 
Sabar..
Urut dada, istigfar banyak-banyak
Apa pun, jangan langgar undang undang, jangan potong line orang.
Jangan langgar lampu merah

Biar lambat, tapi selamat dan yang paling penting;  #berkat.

Korang rasa macam mana?setuju tak?

Nak belanja gambar owner Good health @lizakama
Eid Mubarak


Kadang-kadang bila kita telah di jentik satu musibah baru otak kita akan berfikir secara kreatif.Baru rasa berani nak cuba sesuatu yang di luar kotak fikiran.

Selagi tak di jentik ,rasa selesa duduk di zone selesa.Langsung tak fikir bagaimana nak berubah.

Bukan duit bagi kita senang kawan,semua kesenangan tu dari Allah jua.Tak salah kita nak jadi kaya.Tapi biar kaya dengan penuh barokah.

Salam sayang
Lizakama

Persediaan Ramadhan Akmal

Alahai anak-anak … Bila nak masuk bulan puasa memang ‘excited’, tapi nanti mulalah lembik semacam. Sebab tulah kena ada strategi untuk buat...