Saturday, 29 July 2017

Usrah Hati

Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara,
Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,
Maka berguraulah dg penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,
Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,
Maka hayatilah makna setiap ayat dg penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyu',
Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,
Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..
Mana tahu esok kita pula akan disolatkan..

Mana tahu esok kita pula yang mendengar..
Suara bacaan al-Qur'an penuh tangisan sendu..

Mana tahu esok tempat kita sudah berubah..
Dari Dunia hanyalah pinjaman..
Smua yang fana akan ke alam barzakh.

Semoga hidup kita sentiasa dalam kebaikan & smg kita pergi bertemu ALLAH  dalam keadaan husnul khotimah dg penuh keridhaan-Nya..
Aamin.....
💞🌹💞🌹💞🌹💞🌹

Kredit Nurul Huda

Rahsia Warga Emas 80thn Kekal Aktif

Assalamualaikum korang.Petang ni liza ada masa free nak share dengan korang pasal warga emas yang kekal sihat. Liza memang salute lah kalau ...