Search This Blog

Monday 21 August 2017

Gout Dan Rawatannya

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
FAKTOR RISIKO
==========
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .
Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).
Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Diet rendah Purine:
>ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
>strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
>elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
>hadkan daging kepada satu hidangan sehari
Jangan makan
=========
>sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
>sardin
>ikan bilis
>hasil daging, consommés, dan ( gravies )
Guna secara berhemah:
==============
>asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
Elakkan kurang air:
===========
>Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
>Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

No comments:

Post a Comment