Tuesday, 6 February 2018

Cara Buat Gulai Ikan Style MIL

Assalamualaikum semua.Moga semua sihat.Sihat tu pun rezeki yang tak ternilai harganya.

Alhamdulillah hari ni liza rasa nak masak Gulai Ikan.Kalau belah Utara memang diorang panggil gulai.Bagi yang di selatan panggil kari kan?

Sebelum kawin mak liza ajar buat kari ikan tak sama macam arwah mil buat.Memang lain sangat.

Di sebabkan gulai ikan (kari ikan) ni makanan kegemaran ahli keluarga sebelah suami,jadi nak tak nak liza kena belajar juga gulai style arwah MIL.



BAHAN YANG PERLU
Bawang besar*
Halia*
Bawang putih*
Daun kari*
Halba campur*
1 senduk besar Serbuk kari ikan(di bancuh dgn air di jadikan pes)*
Tomato
Bendi
Air asam jawa
Hiris semua bahan bertanda * dan tumis semuanya sampai naik bau dan pecah minyak.Api tu slow sudah la kang hangit pula rempah tu jadi pahit nanti.
Masukkan ikan air dan santan.Reneh la sampai mendidih.Lepas tu baru lah boleh masukkan air asam jawa,tomato dan bendi.
Garam liza suka letak last lepas api tutup sebab tak nak khasiat garam tu hilang di sebabkan panasnya gulai tu.
Liza suka gulai(kari) yang pekat.Makan pulak mesti banjir.Ya Allah nikmatnya.Kalau add on ulam timun dan sambal belacan lagi triple nikmat.
Sambil menaip ni pun dah terliur .Lagi best kalau gulai tu bila.dah cuci tangan pun tangan masih bau gulai.
Perggghhhh kalau sampai tangan pun bau gulai memang gulai tu power la wei.
Korang try la ye.Tak suka pekat masukkan la santan cair lebih sikit .

Tata titi tutu
Salam sayang
Lizakama
012-3010634

Info Terkini

Assalamualaikum semua. Sabtu Ahad ni korang plan nak kemana? Sesambil atur jadual tu ce korang scroll lagi kat sini. Ada info best pasal O...