Search This Blog

Saturday 10 February 2018

Khasiat Limau Mandarin

Assalamualaikum selama berhujung minggu.Petang-petang yang panas ni sedap betul kan dapat makan limau sejuk.Kalau jus oren pun sodap 😂😂.

Easa lega tekak.Tapi liza tak suka jus oren twister tu.Manis boleh potong kaki beb kalau kerap minum 😜😜😜.

Kebetulan nak CNY 2018 ni dapat rezeki limau.Hari-hari lah liza hadap limau .Sampai naik kembong perut dengan limau.Heheh sistem pembuangan pun jadi lancar 🙊🙊.

Ada ke yang tak suka makan limau/oren??Meh baca apa kebaikan limau mandarin ni.

Limau mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.


Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folik. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folik yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus mampu meningkatkan kadar asid folik.
Vitamin B pula merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Pektin, serat tinggi yang larut dalam air, telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Jus limau mandarin dikatakan berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.

Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Cara liza potong limau/oren pun berbeza sikit dengan orang lain.Liza suka potong lawan arus .Emm nak panggil apa ye?Macam dalam gambar ni la.Liza potong lawan arah isi limau tu.Paham ke? 😝😝 Ah tak paham.sudah la.


Kenapa liza potong macam tu? supaya senang nak buang bijik dia tu je .Rasanya tetap sama tau wakakakkakakak.

Salam Sayang
Lizakama
012-3010634
Sgpetani 

No comments:

Post a Comment