Wednesday, 21 February 2018

Petua Elak Kucing Bercanda Di Atas Bumbung Kereta

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari Rabu dah kan.hampir ke penghujung February 2018.Cepatnya masa berlalu .

Korang suka kucing tak?liza taknsuka kucing.Bukan tak suka apa..tak suka nk peluk cium dukung je.Tapi liza suka bagi makan kat kucing.Paling tak suka kucing berak merata 😬😬.

Apa cerita kucing pulak hari ni 😂😂.Biasalahkan liza ni banyak benda nk cerita cuma tak tertulis je.

Pada yang suka atau tak suka kucing liza nak tanya korang,kucing selalu tak duduk bercanda atas keta/motor/tembok pagar rumah korang?

Dulu masa kat kampung,Abah selalu bising kucing naik atas keta.Tapak kaki kucing penuh kat cermin depan,bonet dan atap.Dah letak pelapik kucing cakar pulak .Hahahah sian kucing kena maki hari-hari.

Baru-baru ni tak la baru sangat dalam bulan 1 hari tu.Liza pergi rumah kawan di Bandar Perdana.Nampak ada air sirap dalam botol atas atap keta dia.

Liza tanya nak bagi siapa air sirap tu?ke tu air baja bunga?


Tak lah. itu petua abah aku untuk halau kucing (tak bagi kucing duduk atas keta) kata kawan liza yang lebih mesra di panggil cikzana.

Lorrrr mati mati ingat air sirap/air baja bunga .

Rupanya lorong rumah cikzana tu semua orang letak air sirap dalam botol.Ada yang letak kat tembok rumah pun ada .

Apa relevan nya air sirap dgn kucing?
Menurut abah cikzana tu kata malam kan mata kucing ni bila kena cahaya dia bersinar .Kiranya malam bila dia nampak air sirap tu macam silau la kot mata dia wakakakak agaknya la kata cikzana 

Tapi pada korang yang tak nak letak air sirap ce korang try letak pinggan ke,sudu ke,batu ke apa2 lah yang korang rasa nak letak dan tengok hasilnya kucing still bercanda  atau tidak.Tapi jangan pulak korang suruh anak korang duduk atas keta siang malam.Memang kucing tu langsung tak akan dtg dah la 

Kalau letak benda lain selain air sirap tu kucing tak duduk/baring atas keta korang maksudnya air sirap dan silau mata kucing tu tak ada kaitan lah hahaahha.

Dah pi la try apa tunggu lagi.Kang lambat-lambat kucing tu berdating pulak atas keta korang sambil menambah bilangan ahli keluarga kucing  .

Salam Manis
Liza kama
012-3010634

Info Terkini

Assalamualaikum semua. Sabtu Ahad ni korang plan nak kemana? Sesambil atur jadual tu ce korang scroll lagi kat sini. Ada info best pasal O...