Search This Blog

Thursday, 12 April 2018

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. 

Sebelum membuat keputusan, eloklah jika anda merujuk kepada:
dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda serta rakan-rakan mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itudoktor atau pakar perunding penyusuan
guru agama atau pejabat agama terdekat.

No comments:

Post a Comment