Search This Blog

Tuesday, 4 December 2018

11 Cara Pulihkan Hormon Selepas Bersalin

Hey korang.tahniah ye atas kelahiran baby baru,rindu pula Liza nak ada baby baru heheheh.Kesihatan lepas bersalin jangan amik mudah tau.Kalau tak di jaga dengan betul macam-macam masalah akan timbul.Ada benarnya amalan berpantang orang-orang lama,tak salah pun kita ikut.

Tapi hari Liza nak share sikit lahcara pulihkan hormon selepas bersalin.

Kita selalu menyangka kesihatan kita akan lebih baik selepas bersalin, kita akan mengalami kejutan kerana hormon kita akan berterusan memainkan peranan pada badan anda. Di samping kebahagian mendapat bayi adalah fakta tentang kesihatan anda yang masih memerlukan penjagaan rapi.

kita akan mengalami beberapa perubahan pada badan . Jom baca artikel ini untuk mengetahui tentang ketidakseimbangan hormon dan cara penyelesaiannya.



Hormon Selepas Bersalin:
Selepas bersalin, jika anda mengalami perubahan mood dan keletihan, anda tidak perluterkejut kerana ia normal. Anda perlu mengetahui tentang fakta selepas bersalin akan menganggu hormon anda. Tandanya termasuklah keletihan, masalah menstrual, penurunan berat badan dan jangkitan.

Perubahan pada hormon selepas bersalin:
Estrogen dan Progesterone:
Ketidakselesaan adalah kerana estrogen.

Semasa hamil, placenta menghasilkan progesterone yang tinggi, selepas bersalin, placenta akan keluar dari badan yang menurunkan tahap progesterone.

Gangguan hormon yang dikenali sebagai “baby blues”.

Progesterone mengawal kimia otak dan meningkatkan emosi. Tetapi selepas bersalin, ketidakseimbangan estrogen dan progesterone akan menyebabkan ketidakselesaan.

Tandanya termasuklah penaikan berat badan, perubahan mood, stress, haid yang banyak dan kekejangan.

Estrogen juga menghasilkan thyroid-binding globulin (TBG) pada hati. Kebanyakan wanita mengalami penyakit Postpartum Thyroiditis.

Peningkatan estrogen menaikkan tahap cortisol bergabung dengan globulin dan anda akan menghidap hypothyroidism.

Perubahan Selepas Bersalin Pada Badan:

Selepas bersalin, anda akan mengalami beberapa perubahan pada badan:

1. Perubahan Fizikal:

Sakit di payudara

sembelit

Hemorrhoids

Kencing yang kerap

Perubahan Vaginal

2. Perubahan Emosi:

Baby Blues

Stress selepas bersalin

Tanda stress selepas bersalin:

Selepas bersalin, ketidakseimbangan hormon yang anda alami mempunyai impak pada otak anda yang mengawal emosi. Anda berisiko mempunyai perubahan emosi.

Impak selepas bersalin:

Perubahan ini berlaku semasa dan selepas hamil.

Anda akan mengalami tanda seperti baby blues, hilang selera makan, sensitive, dan menangis.

Pengkaji menyimpulkan bahawa kebanyakan tanda ini akan hilang selepas bebrapa minggu selepas bersalin. Tetapi jika keadaan menjadi teruk, berbincang dengan doktor.

Jika anda mengalamo tanda seperti hilang selera makan atau gangguan tidur, anda perlu berjumpa doktor.

Punca Perubahan Hormon Selepas Bersalin:

Selepas bersalin, tahap estrogen dan prestogen akan berubah. Semasa hamil, hormon ini kekal pada tahapnya. Selepas bersalin, ia akan turun ketahap optimum selepas 24 jam selepas bersalin. Anda akan mengalami postpartum distress syndrome. Ia kerana perubahan ketara pada hormon tiroid.

11 Tips Untuk Mengembalikan Hormon Selepas Bersalin:

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan banyak masalah. Terdapat beberapa cara untuk menghalangnya:

1. Senaman:

Berjalan dan senaman ringkas sangat membantu, tetapi anda tidak boleh melakukan senaman yang berat. Anda boleh cuba untuk lakukan kettle bells, squats, angkat berat, dan senaman ringkas.

2. Elakkan Makanan Putih:

Gynekologi berpendapat untuk mengelakkan makanan seperti roti, pasta, susu, nasi sebanyak yang boleh.

3. Kawal Pengambilan Kafein:

Anda patut mengawal pengambilan kafein kerana ia akan menaikkan tahap cortisol, dan juga aktiviti pada kelenjar tiroid.

4. Supplements:

Supplement seperti evening primrose oil, Omega-3s, MAC, berry bagus untuk hormon. Tetapi sebelum anda mengambilnya, pastikan anda telah mendapat nasihat doktor.

5. Minyak Kelapa:

Minyak kelapa dan avocados boleh membantu menyeimbangkan hormon anda.

6. Vitamin D:

Vitamin D boleh memberi kesan pada kestabilan hormon. Selain menikmati masa anda dengan cahaya matahari, anda boleh mengambil supplement dari doktor anda.


7. Kurangkan Stress:

Dapatkan tidur yang cukup dan jauhi stress sebanyak yang boleh. Ia boleh mengekalkan tahap cortisol dalam badan.

8. Berhenti Mengambil Pil Tambahan:

Pil tambahan adalah satu kesilpan. Anda tidak perlu mengambil atau mengubah ubatan anda semasa atau selepas bersalin, melainkan ia adalah saranan doktor anda. Berbincang dengan doktor sebelum mengambil atau mengubahnya.

9. Elakkan Mengambil Polyunsaturated Fats:

Selepas bersalin, anda perlu mengelakkan lemak jenis ini, kerana ia mengandungi Omega-6s yang tinggi dan boleh menghalang fungsi pada system endoktrin. Sesetengah makanannya adalah margerin, minyak sayuran dan minyak kacang.

10. Makan Makanan Yang Tinggi Fiber:

Fiber membantu anda mengantikan estrogen lama pada badan. Ia juga membuang toksin pada badan, mengekalkan tenaga dan kesihatan anda.

11. Dapatkan Acupuncture:

Rawatan dari China ini merawat ketidakstabilan hormon selepas bersalin. Gabungan sempurna dari jarum, herba dan moxibustion yang membantu mengelakkan sindrom postpartum distress.

Artikel ini dipetik dari MomJunction

No comments:

Post a Comment