Search This Blog

Monday 10 December 2012

Indahnya Perkahwinan..

Artikel ni dah lama aku catatkan tatkala menanti hari bahagia ku dulu pada 12 Julai 2008..Kira ni macam persediaan awal dari segi batin(hati)untuk fikir positif apabila sudah masuk ke alam baru...Baru sekarang aku teringat balik buku ni.Pagi tadi mengemas2 benda yang dah tak nak guna lagi...






Sabda Nabi s.a.w:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan 4 perkara iaitu solat 5 waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga maruah dan taat kepada suami maka, masuklah syurga dari mana-mana pintu yang di kehendaki"


Emm bila baca makna hadith ni..rasa senag je org perempuan ni nakmasuk syurga kan?Alhamdulillah sampai saat dan ketika ini usia pernikahan ku dah 4tahun..aku berjaya melaksanakan apa yang dituruti seperti diatas..Terpulang pada Allah yang akan menilai layak kah aku untuk syurga -Nya...

KELEBIHAN WANITA BERKAHWIN:


  1. Diberi pahala fisabilillah ketika mengandung
  2. Setiap titik susu ibu yang diberikan kepada bayi akan di berikan 1 kebajikan
  3. Tatkala berjaga malam kerana menguruskan anak akan diberikan pahala seperti membebaskan 70 orang hamba
  4. Wanita yang berpeluh terkena bahang api ketika memasak untuk suami dan keluarga pahalanya ialah akan dibebaskan dari seksaan api neraka
  5. Wanita yang mencuci pakaian suami akan di beri pahala 1000 dan di ampuni sebanyak 2000 dosa2nya terdahulu.
  6. Wanita yang tinggal di rumah kerana menguruskan anak akan mendapat ganjaran tinggal bersama Rasullullah di syurga nanti.


Tidak kah ini yang kita impikan?Keberkatan di dunia dan di akhirat..Semoga aku dan mereka yang membaca serta mengamalkan info2 ini akan mendapat ganjaran seperti yang di nyatakan tadi..Alhamdulillah ,terima kasih Ya Rabb atas limpah kurniaan Mu..Semoga aku akan diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan harian ku..


Untuk suami tersayng.maafkan andai selama ini ada kekurangan dlm melayari kehidupan bersama.
Untuk anak2 tercinta..mama sayang kalian.Doa mama sentiasa mengiringi perjalann hidup kalian nanti..Semoga menjadi anak yang soleh,taat ibu bapa dan orang tua..maafkan mama andai ada mengasari kalian..tujuannya hanyalah untuk mendidik..

Salam Sayang 

Mama

2 comments:

  1. Ha ha ha mendidik apeeee.. dah dera buat2 xtau lak...dera along smpi jd oroi... penyeksaan batin untuk along.. wekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi along dah kuruih la aku dere buat eksesais hari2.hahaha along tengah buat latihan mewarna.thn dpn nk sekolah malu ar xpandai mewarne.

      Delete