Wednesday, 27 September 2017

Bread Cupsicum Mayo

Bismillah Assalamualaikum semua.Menu apa bento anak-anak pagi ni?

Liza buat roti apa ye nama dia ni.Bagilah nama bread cupsicum  and mayonis.

Wahhh nama kelasss kau.Kalau di melayu kan Roti lada benggala dgn sos mayonis.

Nah la bab resepi ni tak boleh tulis berjela nanti orang marah merapu bamyak 😂😂😂.

Bahan
Roti sosej
Cupsicum separuh belasah la ko nak letak kaler apa pun.di potong dadu
Bawang besar dadukan
Bawang putih dadukan
Isi ayam/daging kisar
Minyak sikit utk menumis
Sos cili
Sos tomato
Oregano
Mayonis

Cara-cara
Panaskan minyak
Masukkan bawang+garlic tumis sampai naik bau.
Masukkan sos cili dan sos tomato dalam 1 sudu
Masukkan isi ayam
Masukkan lada benggala
Gaul2 la
Tabur kan oregano+garam secubit.

Amik roti,belah tengah isikan bahan tadi.Boleh juga guna roti kebab tu.Sedap juga.

Alaskan salad kalau suka dan hiaskan dengan sos cili+mayonis

Siap.Cubalah.Kompem 800% sedap.

Persediaan Ramadhan Akmal

Alahai anak-anak … Bila nak masuk bulan puasa memang ‘excited’, tapi nanti mulalah lembik semacam. Sebab tulah kena ada strategi untuk buat...