Search This Blog

Tuesday 6 February 2018

Resepi Pau Goreng Kacang​ Merah

Assalamualaikum hai semua.Hehehe gari tu kan liza ada buat pau goreng.Ada juga la kawan-kawan minta resepi.
Heheh benda paling simple dan anak² suka makan dan suka nk tolong gentel inti kacang merah tu.
Nah sapa rasa nak cuba amik resepi ni.
Pes kacang tu beli kat kedai bakery je rm7 1kg.


Bahan-Bahan:
Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening/marjerin
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung/ susu manis
110 gm air biasa( tuang skit2 ya )
Cara Membuat:
1. Untuk membuat kulit pau pula, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
3. Bentuk doh bulat2 setiap satu menjadi 40gm... Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan.
Perap selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.
Selamat mencuba dan sila share bersama tau kot ada yang nak buat juga.
Liza pun amik dari google je.Adunan yg sama boleh guna nak buat doh pizza,donut pun boleh
Hahah jimat masa kan .
Bye. nanti try tau

No comments:

Post a Comment